Monday, August 10, 2009

bahasa


Beberapa episod lalu aku ada menulis pasal bahasa. Aku suka bab bahasa ni. Tak kira bahasa apa, janji ianya memberi aku ilmu yang baik. Bukan bahasa yang kurang ajar...

Tak ada siapa pun di dalam dunia ni yang suka kalau ada orang buat kurang ajar, baik dari segi pertuturan atau tingkah laku.....eh...tak betul ke?...Kalau suka, memang orang itupun jenis yang kurang ajar....

Bahasa sains dan mathematik yang diilhamkan oleh DR M. Ianya menimbulkan suasana huru hara di dalam kelas di luar bandar. Aku pun dulu sekolah melayu...lepas tu ngaji sekolah orang putih...tapi aku rasa aku tidaklah kalut sangat. Jadi mengapa mesti belajar bahasa orang putih tu hanya untuk sains dan maths sahaja?

Aku rasa guru2 aku dulu sangat dedicated...ada kelas tambahan BI lepas waktu sekolah biasa, aku tak bayar 1 sen pun... dia tetap bagi ilmu...aku ingat kamus oxford menjadi teman baik, mesti sentiasa ada bersama, kalau terlupa bawak alamat menggelabah....setahun saja yang jadi macam tu....lepas tu bila telinga tu mendengar dalam BI, masuk dalam komputer di kepala pun dalam BI, keluar dari mulut pun dalam BI....tak ada masalah...sesekali menyemak ejaan di kamus tu biasala.....

Kemudian suasana berBI tu dah biasa....sehingga aku bekerja dan mula mendengar dalam BM pula, menyimpan dalam komputer di kepala dalam BM, menyebut dalam BM dan menulis dalam BM. Memang sedikit terganggu bab menyebut bahsa sains, ekonomi. Lucu pun ada dan kadang-kadang amat panjang....kerana untuk memberi maksud sehampir mungkin terpaksa menggabungkan 2 perkataan....seperti...suaikenal, angkubah, susutnilai dan macam-macam...

Aku rasa lega apabila PPSMI itu dimansuhkan. Cuma adalah beberapa orang yang rasa dia dah mahir dan tak mahu nak berubah?
Kenapa?
Takutkah dengan cabaran?...