Friday, June 1, 2012

Dah lebih dua tahun rupanya blog ini tidak di update. Mujur tidak berhantu. Kalau tidak entahlah..... 

Aku masih ingat sewaktu aku sibuk bekerja dulu, aku tak ada masa untuk berblog. Dalam hatiku ada terselit semangat yang berkobar-kobar untuk menulis di dalam sebuah blog milikku sendiri. Macam2 angan2ku ketika itu. Nak tulis cerita, nak tulis pengalaman, nak kongsi maklumat.

"Tulislah, bukan orang tahu siapa kita kalau tak mahu orang kenal." saran anakku yang memang amat rajin menulis dan membaca. Katanya ianya bermula dari Friendster....lepas tu, blogspot dan sekarang di dalam wordpress. Selalu juga aku mengikuti hasil tulisannya.

Aku pernah pergi ke sekolah lamanya dan memberikan dua buah buku yang di dalamnya ada hasil tulisannya. Sebuah sajak pendek yang menyentuh perasaanku. 

Pengetua sekolah itu, seorang wanita berkata, "Terima kasih. Kita memang ingin tahu apa yang dah berlaku kepada bekas pelajar sekolah ini. Saya harap dia boleh datang dan memberi nasihat kepada adik2 yang belajar di sini."

"Oh. Saya boleh tanya anak saya, tak tahulah sama ada dia setuju bercakap di depan orang ramai."

"Apa salahnya."

"Ada masalah sikit."

"Apa masalahnya?" 

"Dia tak tinggal di sini. Dia balik sekali sekala, itupun sekejap, dua tiga minggu dalam dua tiga tahun."

"Di mana dia tinggal?"

"Ireland."

"Ambil medic ke?"

Entah kenapa selalu benar orang menganggap Ireland hanya ada bidang perubatan. 

"Tak. Professional Accountant."

"Oh...."

Itu cerita lama. Sudah berlaku beberapa tahun lalu. Ya..... lamanya aku tidak menulis di sini. Aku lebih banyak membaca, kerana nampak gayanya membaca jauh lebih mudah. Menulis, belum tentu ada orang yang akan baca, tambahan kalau gaya tulisan itu membosankan....macam dalam blog ini.

Inilah permulaan semula kepada yang sudah berhenti selama lebih dua tahun. InsyaAllah aku akan menulis lagi, tak kisahlah kalau ada orang baca atau tidak.

Aku sisipkan di sini sebuah foto dari Ireland...... 
Inilah senario yang biasa dilihat, orang ini sedang mencari rezeki dengan membuat 'stunt' di khalayak ramai. Mulanya aku berminat untuk melihat lakonannya. Tak kisahlah kalau bayar sikit. Tapi bila dia kata secara indirect, dia tak mahu terima 1 euro, dua euro....aku give up. Kalau dia tamak aku jadi kedekut...