Thursday, June 14, 2007

Ke IPT atau Menara Gading

Pertengahan tahun biasanya akan mula mencorak azam baru bagi pelajar lepasan SPM. Mereka tercari-cari tempat untuk menyambung belajar bagi yang masih berminat untuk belajar. Nasib baik jika cepat dapat tawaran belajar di Matriks. Mana yang tak dapat tawaran, akan dilanda resah. Ke mana hala hendak dituju. Ambil Diploma? Kolej swasta berlumba-lumba menawarkan berbagai kursus. Ada pakej, ada tawaran komputer riba dan macam-macam. Cuma fikirlah sebelum mengambil keputusan. Bertanya kepada yang tahu. Jangan nanti sesat di jalan.

Saya teringat masa dulu-dulu. Universiti belum banyak seperti sekarang. Kolej swasta pun tak banyak macam cendawan tumbuh seperti sekarang. Kalau nak ke universiti mesti ada STPM. Tak dapat keputusan baik harapan menjejak ke menara gading akan kelam dan kabur. Lepas itu ada universiti yang menerima pelajar dengan Diploma seperti UPM atau 'promoted' dari program diploma. Saya rasa kaedah itu amat bagus. Ia memberi peluang kepada pelajar untuk memendekkan tempoh belajar. Pelajar tak perlu mempunyai STPM boleh terus ke program ijazah. Ia juga memberi dorongan kepada pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran. Saya tak tahu sama ada peluang begitu masih diberikan atau tidak. Ini kerana setiap tahun sekolah-sekolah mengeluarkan pelajar cemerlang yang begitu ramai. Ia satu 'statement' yang tidak adil jika hendak membuat perbandingan 'kecemerlangan' di antara pelajar sekarang dengan pelajar dulu-dulu. Sistem belajar sudah berubah, kaedah pembelajaran juga sudah berubah. Modul juga sudah bertambah. Jadi kita kena terima yang cemerlang adalah yang memang cemerlang. Mereka inilah yang berlumba-lumba ke IPT, dalam dan luar negara.

Sekarang bilangan pelajar yang cemerlang dan layak sudah terlalu ramai. Pemilihan hanya dibuat berdasarkan merit keputusan peperiksaan dan kokurikulum. Tapi saya rasa oleh kerana penilaian banyak berorientasikan peperiksaan, maka kecemerlangan sering dilihat dari sudut itu. Amat malang bagi pelajar yang berada di kelompok yang lebih rendah. Peluang mereka ke IPT agak suram. Opsyennya ialah ke kolej swasta. Kos belajar di kolej tersebut juga agak membebankan.

Saya pernah terdengar tentang sistem di Jepun. Tentang perkongsian kos pembelajaran di antara ibubapa dengan pihak universiti. Lebih kurang macam PTPTN juga. Kalaulah semua graduan yang mendapat bantuan PTPTN itu membayar balik pinjaman tersebut, alangkah cantiknya sistem itu. Saya rasa sedih melihat nama-nama yang tertera dalam akhbar tentang peminjam yang 'default' itu. Kenapa tak bayar balik? Tak ada duit? Tak dapat kerja lagi? Atau sengaja mahu 'lari'. Kalau rasa-rasa tak mahu nak bayar balik, tak usahlah ambil bantuan tu. Berlagaklah macam orang kaya. PTPTN itu adalah satu tabung. Kalau tabung itu tak diisi semula, macam mana adik-adik nak belajar pulak. Janganlah budaya tak mahu bayar hutang itu merosakkan masa depan orang lain. Bersimpatilah dengan nasib orang lain. Mudah-mudahan rezeki yang diperolehi akan bertambah berkat. Sesungguhnya keberkatan itu yang selalu kita pohonkan dari Allah.

Sunday, June 3, 2007

Cuti sekolah

Musim cuti sekolah biasa menjadi pesta kenduri kahwin. Akhir-akhir ini terasa banyak sangat orang kenduri. Agaknya kerana penduduk bertambah dan teman dan rakan taulan juga semakin ramai. Musim cuti sekolah juga mengingatkan saya tentang zaman kanak-kanak. Masa itu kanak-kanak sekolah tidak begitu mengejar pencapaian tinggi dalam akademik macam sekarang. Zaman sekarang ibubapa tetap menghantar anak-anak tusyen walaupun mereka perlu berehat dari rutin atau 'mood' sekolah itu. Ini kebanyakannya berlaku di kawasan bandar. Mereka membilang 'A' yang akan diperolehi oleh anak-anak masing-masing. Lagi banyak 'A' lagi bagus. Agaknya ada ibubapa yang bimbang jika anak-anak dibiarkan berseronok dengan cuti sekolah 'mood' mengejar kecemerlangan itu akan luput. Dan 'A' itu akan luput.

Saya teringat satu pepatah Inggeris "All work and no play makes Jack a dull boy". Saya tak pasti apakah ada orang Melayu yang mengambil 'kisah' tentang pepatah itu. Mungkin ada, tetapi saya rasa bilangannya amat sedikit. Bilangan yang berkumba-lumba mengejar pencapaian akademik yang berorientasikan peperiksaan lebih ramai. Tak kisah..... tak masuk majlis jiran tetangga pun tak apa asal nanti dapat banyak 'A'. Dapat masuk sekolah bagus, dapat tawaran bagus.

Para gurupun boleh rehat sama masa cuti sekolah. Tidak fikir duit yang bakal diperolehi hasil mengajar tusyen itu. Saya pernah terbaca dalam NST tentang ada guru yang dapat lebih banyak pendapatan melalui mengajar tusyen dari gajinya. Oh, sebab itu ada seorang guru pernah mengesyorkan kepada saya supaya menghantar anak saya ke pusat tusyen.....mungkin untuk membantu rakannya mendapat wang lebih disamping membaiki prestasi pelajaran anak saya. Malangnya saya tidak menurut 'nasihat' beliau. Anak saya? Apa jadi dengannya?Alhamdulillah dia sudah berjaya menjawat jawatan yang baik. Saya amat berharap semangat itu akan membuat para guru lebih dedikasi mengajar anak murid di sekolah dari pusat tusyen........kan lebih berkat.....

Itulah senario yang saya nampak yang diberi keutamaan. Zaman kanak-kanak saya tidak begitu. Masa cuti sekolah saya gunakan untuk melupakan sekejap buku sekolah. Saya akan ke rumah opah dan makcik di kampung. Di sana saya akan membaharui hubungan dan kemesraan pergaulan dengan sepupu-sepupu saya yang ramai itu. Kebetulan keluarga saya tinggal agak jauh dari mereka. Masa itulah saya akan bersama meredah kebun mencari pucuk paku atau minum air kelapa muda di bawah pokoknya. Segarnya amat terasa kerana ia baru dipetik. Saya tidak peduli calar balar di kaki saya. Saya tak kisah gigitan pacat yang tergolek kekenyangan. Saya amat seronok berjaya menangkap ikan dengan tangan.

Saya rasa saya tidak terasa hilang 'mood' untuk kembali belajar sehabis cuti sekolah. Malah saya jadi rindu pada teman-teman di kelas. Saya masih ingat kami akan bercerita apa yang kami buat semasa cuti. Malah guru juga bertanya bagaimana kami menggunakan masa cuti itu. Saya tak nampak muka cikgu yang marah atau kecewa jika kita kata kita berjalan dan enjoy di kampung.

Saya tetap cemerlang dalam pelajaran. seingat saya, setiap kali diadakan hari ucapan di sekolah saya tetap dapat anugerah. Saya anggap itu satu pencapaian yang 'hebat'. Dan saya dapati classmates saya dulu ramai yang telah berjaya dalam profesyen masing-masing. Ada yang jadi doktor, pilot, guru, pensyarah, engineer dan macam-macam lagi. We learnt the hard way. We struggled to survive. Semata-mata mahu cemerlang dalam akademik dan masyarakat.

Oh how I wish kecemerlangan pelajar dinilai dari berbagai aspek dengan lebih teliti. Kita mahu pelajar di peringkat pengajian tinggi yang matang dengan pengalaman dan tidak gentar dengan tekanan. Mereka akan jadi pemimpin genarasi akan datang. Kita mahu bakal pemimpin yang mempunyai ciri-ciri unggul sebagai pemimpin, bukan setakat mendapat ilmu melalui pembacaan. Pengalaman itu sesungguhnya amat berguna. Saya teringat seorang pakar motivasi berkata:

Ceritakan kepada saya, saya akan lupa,
Tunjukkan kepad saya, saya mungkin akan ingat,
Tapi,
Sekiranya libatkan saya, saya akan faham.

Tetapi ada satu ungkapan yang pernah disebut oleh JFK. Katanya:

"Victory has a hundred fathers, and defeat is an orphan."

Betulkah begitu?

Apapun cuti sekolah menjadikan saya nostalgik. Seronoknya ketika itu bila disebut sahaja 'CUTI'.