Wednesday, January 6, 2010

Entah.......

Tersedu bila terkenang. Ia terpaku di situ dan memori itu tidak akan terpadam sampai bila-bila. Kadang-kadang aku rasa aku ingin melupakan, namun kadang-kadang aku rasa ianya lebih baik jika tidak aku lupakan kerana ia jadi pengajaran walaupun amat pahit untuk dikenang.  Seperti aku menagih simpati dan enjoy kepada rasa 'derita' itu. Tidak, ianya berlaku dan menjadi sejarah. Titik hitam yang besar dan sukar dipadam. Alangkah moleknya jika ianya berwarna warni.....Entah. 


Satu perkara yang aku sedar ialah hilangnya rasa kepercayaan itu. Aku harap aku akan dapat melihat semula wajah kejujuran sebenar yang terpancar. Beberapa ketika dulu aku se akan mahu percaya, namun setiap kali ada saja perkara yang merubahnya. Sehingga aku menjadi tidak percaya. Langsung tidak percaya. Entah skala apa yang aku gunakan 0 - 5, 0 -10, 0 - 100. Entah.


Seorang teman yang boleh aku katakan rapat pernah berkata selepas melalui gelombang besar di dalam rumahtangganya. "No.....I'll never trust him again. and yes, I still love him." Sehingga kini mereka masih suami isteri. Aku harap dia sudah meletakkan kepercayaannya semula di tempatnya. Entah.


Ya...dia pernah aku tanya bluntly. Point blank. Ini kerana aku rasa aku perlu tahu dari mulutnya sendiri bukan dari orang lain tentang dirinya. Dia mengaku ya dan tidak. Lalu dia bercerita dengan sukarela sesuatu yang aku rasa belum pernah aku dengar dari mana2 sumber. Cerita dukanya, tindakannya dan akhirnya bila dia bersujud di hadapan rumah Allah, dia menukar nawaitunya dan menyesali segala2 yang pernah dilakukannya....alangkah syahdunya dan aku dapat merasakan apa yang dia rasa selama ini. Entah.....



 Gambar hiasan

Aku harap akan dapat merasai semula kepercayaan yang sudah nipis itu kerana masa semakin suntuk. Mungkin. Entah. 

Kita memang tidak sempurna dan seharusnya menerima segala kelemahan, kesilapan dan kekurangan itu dengan mambaikinya semampu diri kita dengan harapan tinggi agar begitu juga sebaliknya.....

No comments: