Monday, September 28, 2009

terkenang kenang..

Rasanya dah lama aku memblog di sini secara serius.....Oleh kerana sekejap ada sekejap tidak...blog aku ni jadi tak advance...tawar hambar macam lauk tak bergaram...Well, I don't expect anything from this though....features di sini pun aku tak berapa mahir...hehehe....ini kerana percubaan aku nak upload foto satu masa dulu gagal...so I give up....Maybe I shouldn't give up too soon....or maybe I should find some other place to blabber....maybe I should stick to MP...even though MP has better features...but I still feel that feeling of loss....I miss something there...or someone? perhaps...
So I think I am the problem. I suffer from writer's bloc....uh...so bad aarr....

Never mind about that bloc....

Hari ini dah lebih seminggu berhariraya. Hari raya yang macam tak raya bagi aku. Penatnya tak usah cerita......dari mula nak bersiap raya...bab baju raya....bukan baju raya sendiri....yang itu aku tak kisah...nak fikirkan nak masak apa untuk hidangan pagi raya...lintang pukang kalut...
Meriahkah itu?

Macam mana orang kata meriahnya hari raya? Sebab banyak makanan, banyak open house, jumpa ramai orang, kawan, saudara mara? Dengar lagu-lagu raya...tengok cerita pasal raya...Itukah meriah?

Aku rasa aku sering juga berjumpa saudara mara....Kalau pada hari biasa orang yang sama itulah yang aku jumpa....hariraya pun orang itu juga yang dijengah. Kali ini aku terasa agak happy pada malam raya kerana ke rumah jiran, sama-sama bertakbir raya...

Allahu akbar...
Allahu akbar...
wa lillahilkhamd...

Sejak beberapa tahun ke belakang ini hari raya bukan sesuatu yang aku nantikan.....

Sunday, September 6, 2009

kita yang selalu lupa



Kadang-kadang kita lupa. Lupa tentang banyak perkara. Lupa juga menandakan semakin banyak perkara yang kita perlu ingat. Ada kalanya lebih baik lupa, jika ianya sesuatu yang membuat kita amat sedih atau kecewa.
Namun jika ianya untuk kebaikan diri di masa akan datang, terutama yang melibatkan kesempurnaan akhirat yang kita cari, adalah lebih baik kita ingat.

Perkara yang amat mudah....

kita lupa mengucapkan terima kasih kepada ibu atau ayah kerana pengorbanan dan kasih sayang mereka...
.
kita lupa memohon ampun dan maaf atau memaafkan sebelum kita tidur....mana tahu kita tidak bangun lagi esok pagi...

kita lupa bahawa segala nikmat kesenangan yang kita perolehi itu bukannya atas usaha kita semata-mata...

Untuk menjadi seperti satu pohon yang sihat, rimbun dan mempunyai buah yang manis dan enak dimakan kita perlu mempunyai kekuatan fizikal dan sumber makanan yang baik....

Makanan rohani dan jasmani itulah yang akan membuat kita seperti yang ada sekarang ini...
rapuhkah dahan kita?

bolehkah orang lain berpaut pada dahan kita itu?

tumbang atau tercabutkah jika ada ribut datang melanda?

Itulah di antara persoalan yang perlu dijawab sendiri. Jika rimbun pohon itu membuatkan ramai orang boleh menumpang teduh, alangkah bagusnya perlindungan yang pernah kita berikan.
Jika apabila dilanda ribut, hanya ada beberapa ranting kecil yang patah dan daun yang gugur, kita masih boleh dikira sebagai kuat dan teguh. ini bermakna setiap kali ditimpa musibah kita masih tabah menghadapinya....

Janganlah lupa bahawa masih ramai orang yang kurang bernasib baik dari diri kita....

semuanya dengan izin Allah juga....