Sunday, September 6, 2009

kita yang selalu lupa



Kadang-kadang kita lupa. Lupa tentang banyak perkara. Lupa juga menandakan semakin banyak perkara yang kita perlu ingat. Ada kalanya lebih baik lupa, jika ianya sesuatu yang membuat kita amat sedih atau kecewa.
Namun jika ianya untuk kebaikan diri di masa akan datang, terutama yang melibatkan kesempurnaan akhirat yang kita cari, adalah lebih baik kita ingat.

Perkara yang amat mudah....

kita lupa mengucapkan terima kasih kepada ibu atau ayah kerana pengorbanan dan kasih sayang mereka...
.
kita lupa memohon ampun dan maaf atau memaafkan sebelum kita tidur....mana tahu kita tidak bangun lagi esok pagi...

kita lupa bahawa segala nikmat kesenangan yang kita perolehi itu bukannya atas usaha kita semata-mata...

Untuk menjadi seperti satu pohon yang sihat, rimbun dan mempunyai buah yang manis dan enak dimakan kita perlu mempunyai kekuatan fizikal dan sumber makanan yang baik....

Makanan rohani dan jasmani itulah yang akan membuat kita seperti yang ada sekarang ini...
rapuhkah dahan kita?

bolehkah orang lain berpaut pada dahan kita itu?

tumbang atau tercabutkah jika ada ribut datang melanda?

Itulah di antara persoalan yang perlu dijawab sendiri. Jika rimbun pohon itu membuatkan ramai orang boleh menumpang teduh, alangkah bagusnya perlindungan yang pernah kita berikan.
Jika apabila dilanda ribut, hanya ada beberapa ranting kecil yang patah dan daun yang gugur, kita masih boleh dikira sebagai kuat dan teguh. ini bermakna setiap kali ditimpa musibah kita masih tabah menghadapinya....

Janganlah lupa bahawa masih ramai orang yang kurang bernasib baik dari diri kita....

semuanya dengan izin Allah juga....




No comments: